Sunday, June 21, 2009

Demi Masa Depan Tetamu Allah di Tanah Suci








Putera Mahkota Abdullah Ibni Abdul-Aziz, Timbalan Perdana Menteri dan Komander Negara melancarkan enam projek pembangunan terbesar bernilai 35 bilion SR melibatkan persekitaran Masjidil Haram di Makkah.




Projek tersebut termasuklah pembesaran dataran di utara masjid dan pembinaan multi menara residensi, bermatlamat menyediakan lebih banyak perumahan dan kemudahan ibadat kepada para jemaah.




Sebanyak 12 billion Sr dibelanjakan untuk multi menara residensi Jabal Omar, projek kerjasama terbesar ditujukan untuk membangunkan kawasan sekitaran Tanah Suci Haram. Meliputi kawasan seluas 230 ribu meter persegi, adalah pembinaan beberapa hotel bertaraf lima bintang, pusat komersil dan kemudahan ibadah untuk 200 ribu para jemaah.



Menurut beliau lagi projek projek lain termasuklah Pembangunan untuk Hospital Besar Ajyad dimana lokasi terhampir dengan masjid, dan pembangunan laluan alternatif ke Tanah Haram sejajar dengan laluan sedia ada dari Lebuhraya Jeddah-Makkah Expressway. Jalan terbaru sepanjang lima km, dinamakan sempena King Abdul-Aziz, direka untuk kemudahan jemaah.



Pelan pembangunan telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Makkah termaksud pembangunan di kawasan lain seperti di Shamiya, Jabal Khandama dan Jabal Al-Kaaba kawasan sekitar Tanah Haram.




Projek terbaru ini sebahagian usaha kerajaan meningkatkan perumahan dan kemudahan ibadah kepada jutaan pengunjung untuk menunaikan ibdah Haji dan Umrah dari seluruh pelusuk dunia.
Projek ini juga bertujuan untuk membangunkan kawasan tengah Tanah Suci selepas proses memindahkan bangunan bangunan lama dan usang.





Mereka juga menyediakan sistem pengangkutan yang selamat dan mengurangkan kesesakan lalulintas dalam bandar.


Jumlah kawasan yang akan dibangunkan dianggarkan berkeluasan 587,250 meter persegi, dengan 90 peratus masih bangunan bangunan lama. Pembesaran masjid di kawasan terbuka utara sahaja mengambil keluasan sebanyak 1.2 juta meter persegi berada antara masjid dan jaliran kedua lebuhraya utara, Masjid Al-Haram Street ke timur dan Jabal Al-Kaaba Street ke barat.

Abdul Rahman Faqeeh, Pengerusi Makkah Construction Company, berkata the projek Jabal Omar akan menawarkan 25,000 peluang pekerjaan di Saudi. Jabal Omar menawarkan kemudahan residensi untuk 100,000 orang, kemudahan ibadat berhawa dingin untuk 100,000 dan ruang tempat sembahyang terbuka untuk 120,000 orang.





Usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan saham ushasama dinamakan Jabal Omar Development Company untuk melaksanakan projek tersebut.
Projek terbaru ini adalah sebahagian usaha kerajaan Saudi untuk meningkatkan kemudahan untuk kebajikan dan keselamatan berjuta juta pengunjung untuk melaksanakan Haji dan Umrah dari serata dunia.


Location: Saudi Arabia

Separuh Pertama Ku


When i first start to understand how to express my opinion true virtual, i go deep to learn writing the blog.

Sharing your view to others you must ready what is the feed back. Some of them approve and agree but of course you cannot win every peoples' hart.

So here I am with first blog with the hopes that it continuous foreseeable to impress my self sharing ideas & helps.

In return i need support or whatever tips to share with everyone.

Good Luck to me !!!!